SEMAKAN NOTIS UNDANG-UNDANG

Dasar Privasi Kumpulan Hotel Mandarin Oriental

Notis ini menerangkan dasar privasi am Kumpulan Hotel Mandarin Oriental *. Dengan melawat www.mandarinoriental.com, anda menerima amalan-amalan yang ditakrifkan dalam notis ini.

Q.1 Apakah Maklumat Mengenai Anda Yang Kami Mengumpul ?

Q.2 Bagaimana Dengan 'Cookies'?

Q.3 Adakah Mandarin Oriental Mengongsikan Maklumat Yang Diterimanya?

Q.4 Adakah Mandarin Oriental Memindahkan Maklumat ke Luar Negara?

Q.5 Bagainmanakah Maklumat Aku Dijamin Selamat?

Q.6 Apakah Yang Boleh Dibuat Aku Sekiranya Aku Mempunyai Pertanyaan atau Kebimbangan atau Hendak Mengakses Maklumat Peribadi Aku?

1. APAKAH MAKLUMAT MENGENAI ANDA YANG KAMI MENGUMPUL?

Maklumat yang anda memberikan kami membantu kami untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, memasuki atau memenuhi kontrak dengan anda dan / atau membalas atau bertindak sebagai tindak balas kepada pertanyaan atau permintaan anda. Jenis maklumat yang kami kumpulkan adalah seperti yang berikut :

  • Maklumat Anda Berikan Kami : Kami menerima dan menyimpan maklumat yang anda masukkan dalam laman web kami atau memberikan kami dengan cara lain , termasuk, contohnya , apabila anda tinggal sebagai tetamu di hotel yang diuruskan kami. Penyediaan maklumat oleh anda adalah secara sukarela kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun , di mana anda memilih untuk tidak memberikan maklumat tertentu, kita mungkin tidak boleh membalas atau memberi respons kepada pertanyaan atau permintaan anda dan anda mungkin tidak dapat menikmati beberapa atau kesemua perkhidmatan kami. Kami menggunakan maklumat yang anda berikan untuk tujuan seperti memasuki atau memenuhi kontrak dengan anda , menempah bilik , pemprosesan transaksi melalui internet (termasuk pembelian kad hadiah Mandarin Oriental ) , menjawab atau mengambil tindakan sebagai tindak balas kepada pertanyaan atau permintaan anda, dan megubahsuaikan perkhidmatan kami mengikut pilihan anda. Kami juga menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan statistik dan analisis, untuk mengkomunikasikan berita dan promosi kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan Mandarin Oriental Hotel Group dan produk dan perkhidmatan lain yang kami fikir mungkin menarik minat anda , dan sebaliknya, berkomunikasi dengan anda melalui e-mel , mel , faks , telefon atau cara lain. Kami juga mungkin menggunakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki untuk mematuhi undang-undang tempatan yang berkenaan.
  • Data Peribadi Yang Dibekalkan Anda Bagi Pihak Orang Lain : Jika anda memasukkan data bagi pihak orang lain , anda menjamin kepada kami bahawa anda dikuasakan oleh orang tersebut untuk memasuki data peribadi ke dalam system kami, dan maklumat yang dibekalkan adalah tepat dan betul. Jika apa-apa ketidakpatuhan oleh anda terhadap provisi ini mengakibatkan apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung kami, anda mungkin dikehendaki untuk membayar pampasan kepada kami berkenaan dengan kerugian tersebut. Maklumat otomatik : Kami menerima dan mungkin menilai beberapa jenis maklumat apabila anda berinteraksi dengan kami. Contohnya, seperti laman-laman web lain, kami memperolehi beberapa jenis maklumat apabila pelayar web anda mengakses www.mandarinoriental.com termasuk alat IP, jenis pelayar dan sistem operasi. Maklumat ini membolehkan kami berkomunikasi dengan pelanggan kami dan lebih memahami keperluan mereka.
  • Komunikasi e-mel : Jika anda membekalkan kami dengan maklumat e-mel anda, kami mungkin mengemelkan bahan-bahan promosi dan pemasaran kepada anda. Jika anda tinggal sebagai tetamu di hotel-hotel atau kediaman hartanah urusan kami, kami juga mungkin menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantarkan Tinjauan Kepuasan Tetamu selepas penginapan anda. Sekiranya anda tidak ingin menerima tinjauan sebegini, anda boleh memberitahu kami dengan menghubungi Pegawai Data Privasi kami di data-protection@mohg.com. Anda juga boleh menerima e-mel pengesahan yang dijanakan secara automatic apabila membuat tempahan menerusi Internet untuk penginapan di hotel atau kediaman hartanah urusan kami, apabila menyempurnakan apa-apa urus niaga melalui Internet dengan kami, dan kadang-kadang dari ejen jualan tempahan kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan tempahan yang telah dibuat untuk mana-mana perkhidmatan dan produk kami.
  • Maklumat dari Sumber Lain: Untuk tujuan meningkatkan peribadi perkhidmatan kami (contohnya, menyediakan cadangan atau tawaran istimewa yang kami rasa akan menarik minat anda), kami mungkin menerima maklumat tentang anda daripada sumber-sumber lain dan menambahkan maklumat tersebut kepada maklumat sedia ada anda. Kami mungkin berkongsi maklumat anda yang sedia ada dengan pihak ketiga di mana ini adalah perlu untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, memasuki atau memenuhi kontrak dengan anda dan / atau membalas atau bertindak balas kepada pertanyaan atau permintaan anda.
  • Had Umur : Mandarin Oriental tidak secara sedar mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti dari laman web kami daripada sesiapa yang kami ketahui merupakan orang bawah umur 18. Mandarin Oriental mungkin mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti dari orang bawah umur 18. Proses ini merupakan sebahagian daripada proses pendaftaran tetamu, dan Mandarin Oriental akan sentiasa mendapatkan kebenaran daripada ibubapa atau penjaga orang tersebut.

2. BAGAIMANA DENGAN 'COOKIES'?

Sesetengah laman, dan begitu juga www.mandarinoriental.com, menyimpan maklumat dalam fail teks kecil, yang dipanggil 'cookie', pada cakera keras anda.

["Cookie" mengandungi maklumat mengenai anda dan pilihan anda. Contohnya, jika anda membuat pertanyaan mengenai kadar dan ketersediaan, laman web ini mungkin mewujudkan "cookie" yang mengandungi butiran yang anda masukkan. Atau ia mungkin hanya mengandungi rekod yang mana muka surat dalam laman yang anda melawat, untuk membantu laman web ini menyesuaikan pandangan untuk anda apabila anda melawat.

Hanya maklumat yang anda berikan, atau pilihan yang anda buat semasa melawat laman web, boleh disimpan di dalam "cookie". Sebagai contoh, laman web ini tidak boleh menentukan nama e-mel anda kecuali jika anda memilih untuk menaipnya. Membenarkan laman web untuk mewujudkan "cookie" tidak memberi laman web tersebut atau laman web yang lain akses kepada kesuluruhan computer anda, dan laman web sahaja yang mencipta "cookie" tersebut boleh membacanya.

Kebanyakan pelayar pada mulanya ditetapkan untuk menerima "cookie", tetapi anda boleh menetapkan pelayar anda untuk memberi isyarat kepada anda setiap kali “cookie” ditawarkan, membiarkan anda membuat keputusan sama ada untuk menerimanya ataupun tidak. Anda boleh mencegah penggunaan "cookie" dengan mengubah penyemak imbas anda, walaupun anda mungkin tidak dapat menggunakan beberapa perkhidmatan kami jika anda menghalang penggunaan "cookies".

3. ADAKAH MANDARIN ORIENTAL MENGONGSIKAN MAKLUMAT YANG DITERIMANYA?

Maklumat yang anda membekalkan kami akan digunakan bagi tujuan memasuki atau memenuhi kontrak dengan anda, menempah bilik, memproses transaksi pembelian melalui Internet (termasuklah pembelian kad hadiah Madarin Oriental), menjawab atau mengambil tindakan terhadap pertanyaan atau permintaan anda, dan mengubah suai perkhidmatan kami mengikut pilihan anda. Kami juga menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan kajian dan analisa statistic, untuk mengkomunikasikan berita dan promosi kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan Kumpulan Hotel Mandarin Oriental dan juga produk dan perkhidmatan lain yang kami fikir anda mungkin meminati, dan selain itu, berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, mel, fax, telefon, ataupun cara lain. Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat tersebut sebagaimana yang dikehendaki untuk mematuhi undang-undang tempatan yang berkenaan. Kami mungkin berkongsi maklumat di kalangan kami sendiri, dengan hotel dan pemilikan hartanah urusan kami, dengan pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami bagi promosi bersama dan dengan perkhidmatan pihak ketiga yang membantu dalam menguruskan data anda dan berkomunikasi berita dan promosi kepada anda.

4. ADAKAH MANDARIN ORIENTAL MEMINDAHKAN MAKLUMAT KE LUAR NEGARA?

Kami mungkin memindahkan maklumat anda ke luar negara di mana maklumat tersebut dikumpulkan (termasuk negara di mana kami mempunyai hotel di bawah pembinaan atau operasi) bagi tujuan yang berlainang, termasuk tujuan memasuki dan memenuhi kontrak dengan anda, menempah bilik, memproses transaksi pembelian melalui Internet (termasuk pembelian kad hadiah Mandarin Oriental), menjawab kepada atau pun bertindakbalas terhadap pertanyaan dan permintaan anda, untuk memproses oleh kami bagi pihak hotel dan hartanah residensi urusan kami, untuk meningkatkan pengubahsuaian perkhidmatan yang diberikan kepada anda, untuk mengkomunikasikan berita dan promosi kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan Kumpulan Hotel Mandarin Oriental dan untuk tujuan kajian dan analisa statistik. Pemindahan begini mungkin adalah ke negara yang mungkin, atau tidak mungkin, membekalkan tahap perlindungan privasi yang dibekalkan dalam negara di mana maklumat tersebut mula-mula dikumpulkan, tetap kami akan mengambil langkah munasabah untuk memastikan bahawa apabila maklumat anda di dalam kawalan kami, kami akan mengendalikan data anda dengan prosedur keselamatan dan kesulitan yang munasabah untuk memastikan maklumat anda selamat dan sulit.

5. BAGAIMANAKAH MAKLUMAT AKU DIJAMIN SELAMAT?

  • Kami bekerja untuk melindungi keselamatan maklumat anda semasa penghantaran dengan menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL), yang menyulitkan maklumat yang anda masukkan dan yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Pensijilan Server Selamat.
  • Kami hanya mendedahkan empat digit terakhir nombor kad kredit anda apabila mengesahkan tempahan atau pemprosesan dalam talian transaksi pembelian. Sudah tentu, kita menghantar nombor kad kredit keseluruhan kepada syarikat kad kredit yang berkenaan untuk pengesahan.
  • Adalah penting untuk anda mengelakkan akses yang tidak dibenarkan kepada kata laluan anda dan untuk komputer anda. Pastikan anda merakam keluar apabila anda telah selesai menggunakan komputer bersama.

6. APAKAH YANG BOLEH DIBUAT AKU SEKIRANYA AKU MEMPUNYAI PERTANYAAN ATAU KEBIMBANGAN ATAU HENDAK MENGAKSES MAKLUMAT PERIBADI AKU?

Pegawai Data Privasi kami dengan senang hati akan menjawab apa-apa kebimbangan atau pertanyaan yang anda mungkin ada berkaitan dengan penggunaan atau penyimpanan data peribadi anda. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, pembetulan dan / atau penghapusan data anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Pegawai Data Privasi kami. Pegawai Data Privasi kami boleh dihubungi melalui e-mel di data-protection@mohg.com.

* "Mandarin Oriental", "Kumpulan Hotel Mandarin Oriental", "kami", "kita" dan "diri kita" merujuk kepada semua syarikat dalam kumpulan korporat Mandarin Oriental International Limited.

Mandarin Oriental International Limited; Jardine House, 33-35 Reid Street, Hamilton, Bermuda.