VIEW LEGAL NOTICE

Dasar Privasi Kumpulan Hotel Mandarin Oriental

sub header empty for wcag validation

sub header empty for wcag validation

Notis ini menerangkan dasar privasi am Kumpulan Hotel Mandarin Oriental *. Dengan melawat www.mandarinoriental.com, anda menerima amalan-amalan yang ditakrifkan dalam notis ini.

Q.1 Apakah Maklumat Mengenai Anda Yang Kami Kumpul ?

Q.2 Bagaimana Dengan 'Cookies'?

Q.3 Adakah Mandarin Oriental Mengongsikan Maklumat Yang Diterimanya?

Q.4 Adakah Mandarin Oriental Memindahkan Maklumat ke Luar Negara?

Q.5 Berapa Selamatkah Maklumat Mengenai Saya?

Q.6 Apakah Yang Boleh Dibuat Saya Sekiranya Saya Mempunyai Sebarang Pertanyaan atau Kebimbangan atau Hendak Mengakses Data Peribadi Saya?



1. APAKAH MAKLUMAT MENGENAI ANDA YANG KAMI KUMPUL?

Maklumat yang anda berikan kami membantu kami untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, memasuki atau memenuhi kontrak dengan anda dan / atau membalas kepada atau mengambil tindakan sebagai tindak balas kepada pertanyaan atau permintaan anda. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, jenis maklumat yang kami kumpul adalah seperti yang berikut :

  • Maklumat Yang Anda Berikan Kami : Kami menerima dan menyimpan maklumat yang anda masukkan dalam laman web kami atau berikan kami dengan apa-apa cara lain , termasuk, contohnya , apabila anda tinggal sebagai tetamu di hotel yang diuruskan kami. Pemberian apa-apa maklumat oleh anda adalah secara sukarela kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun , di mana anda memilih untuk tidak memberikan maklumat tertentu, kami mungkin tidak boleh membalas atau memberi respons kepada pertanyaan atau permintaan anda dan anda mungkin tidak dapat menikmati beberapa atau kesemua perkhidmatan kami. Kami menggunakan maklumat yang anda berikan untuk tujuan seperti memasuki atau memenuhi kontrak dengan anda , menempah bilik , pemprosesan transaksi pembelian atas talian (termasuk pembelian kad-kad hadiah Mandarin Oriental ) , menjawab atau mengambil tindakan sebagai tindak balas kepada pertanyaan atau permintaan anda, dan megubahsuaikan perkhidmatan kami mengikut pilihan anda. Kami juga menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan statistik dan analisis, untuk mengkomunikasikan berita dan promosi kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan Kumpulan Hotel Mandarin Oriental dan produk dan perkhidmatan lain yang kami fikir mungkin menarik minat anda , dan sebaliknya berkomunikasi dengan anda melalui e-mel , mel , faks , telefon atau cara lain. Kami juga mungkin menggunakan maklumat sebegini sebagaimana yang dikehendaki untuk mematuhi undang-undang tempatan yang terpakai.
  • Data Peribadi Yang Dibekalkan Anda Bagi Pihak Orang Lain : Jika anda memasukkan data bagi pihak orang lain , anda menjamin kepada kami bahawa anda diberikuasa oleh orang tersebut untuk memasuki data peribadi mereka ke dalam sistem kami, dan bahawa maklumat tersebut adalah tepat dan betul. Jika apa-apa ketidakpatuhan oleh anda terhadap provisi ini mengakibatkan apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung kami, anda mungkin dikehendaki untuk membayar pampasan kepada kami berkenaan dengan kerugian tersebut. Maklumat Otomatik : Kami menerima dan mungkin menilai jenis maklumat tertentu apabila anda berinteraksi dengan kami. Contohnya, seperti laman-laman web lain, kami memperolehi jenis maklumat tertentu apabila pelayar Web anda mengakses www.mandarinoriental.com termasuk alamat IP anda, jenis pelayar dan sistem operasi. Maklumat ini membantu kami untuk berkomunikasi dengan pelanggan kami dan lebih memahami mereka.
  • Komunikasi E-mel : Jika anda membekalkan kami dengan alamat e-mel anda, kami mungkin mengemelkan bahan-bahan promosi dan pemasaran kepada anda. Kami memberikan anda pilihan untuk tidak menerima bahan-bahan promosi dan pemasaran sebegini dalam setiap e-mel yang dihantar kepada anda. Jika anda tinggal sebagai tetamu di hotel-hotel atau kediaman hartanah yang diuruskan kami, kami juga mungkin menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantarkan anda Tinjauan Kepuasan Tetamu selepas penginapan anda. Sekiranya anda tidak ingin menerima suatu tinjauan, anda boleh memberitahu kami dengan menghubungi Pegawai Data Privasi kami di data-protection@mohg.com. Anda juga boleh menerima e-mel pengesahan yang dijanakan secara automatic apabila membuat tempahan menerusi Internet untuk penginapan di hotel atau kediaman hartanahyang diuruskan kami, apabila menyempurnakan apa-apa transaksi pembelian atas talian dengan kami, dan kadang-kadang dari ejen jualan tempahan kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan tempahan yang telah dibuat anda untuk mana-mana perkhidmatan dan produk kami.
  • Maklumat dari Sumber Lain: Untuk tujuan seperti meningkatkan pengubahsuaian perkhidmatan kami (contohnya, menyediakan cadangan atau tawaran istimewa yang kami rasa akan menarik minat anda), kami mungkin menerima maklumat tentang anda daripada sumber-sumber lain dan menambahkan maklumat tersebut kepada maklumat sedia ada anda. Kami mungkin berkongsi maklumat anda yang sedia ada dengan pihak ketiga jika ia adalah perlu untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, memasuki atau memenuhi kontrak dengan anda dan / atau membalas kepada atau mengambil tindakan sebagai tindak balas kepada pertanyaan atau permintaan anda.
  • Had Umur : Mandarin Oriental tidak dengan pengetahuan mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti dari laman web kami daripada sesiapa yang kami ketahui merupakan orang dibawah umur 18. Mandarin Oriental mungkin mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti dari orang dibawah umur 18 sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran tetamu, tetapi sentiasa dengan kebenaran daripada ibubapa atau penjaga orang tersebut.

2. BAGAIMANA DENGAN 'COOKIES'?

Kami menggunakan alat pengesanan seperti pelayar ‘cookies’ dan laman petunjuk (‘web beacon’) untuk mengumpul maklumat daripada anda. Kami mengumpul maklumat mengenai pengguna dari masa ke masa apabila anda menggunakan laman web ini. Kami mungkin mempunyai pihak ketiga yang mengumpul maklumat peribadi melalui cara ini. Ketahui lebih lanjut mengenai alat-alat ini dan bagaimana anda boleh mengawalnya di sini. Kami juga mengumpul maklumat daripada aplikasi mudah alih (‘mobile apps’) kami.

3. ADAKAH MANDARIN ORIENTAL MENGONGSIKAN MAKLUMAT YANG DITERIMANYA?

Maklumat yang anda berikan kami akan digunakan bagi tujuan seperti memasuki atau memenuhi kontrak dengan anda, menempah bilik, memproses transaksi pembelian atas talian (termasuklah pembelian kad-kad hadiah Mandarin Oriental), menjawab atau mengambil tindakan terhadap pertanyaan atau permintaan anda, dan mengubah suai perkhidmatan kami mengikut pilihan anda. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami juga menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan statistik dan analisa, untuk mengkomunikasikan berita dan promosi kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan Kumpulan Hotel Mandarin Oriental dan juga produk dan perkhidmatan lain yang kami fikir anda mungkin meminati, dan selain itu, berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, mel, faks, telefon, ataupun cara lain. Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat tersebut sebagaimana yang dikehendaki untuk mematuhi undang-undang tempatan yang terpakai. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami mungkin berkongsi maklumat di kalangan kami sendiri, dengan hotel dan pemilikan hartanah yang diuruskan kami, dengan pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami bagi promosi bersama (contohnya, rakan kongsi syarikat penerbangan, dan restoran /chef selebriti tempatan) dan dengan perkhidmatan pihak ketiga yang membantu dalam menguruskan data anda dan berkomunikasi berita dan promosi kepada anda (seperti vendor e-mel dan perunding pengurusan perhubungan pelanggan kami; untuk pertanyaan berkenaan pemproses data pihak ketiga kami dan pihak ketiga yang menerima data peribadi, sila e-mel kami di data-protection@mohg.com ). Selain itu, kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan pihak-pihak ketiga lain di mana ia diperlukan atau dikehendaki demi untuk memasuki atau memenuhi suatu kontrak dengan anda dan / atau membalas kepada atau mengambil tindakan sebagai tindak balas kepada pertanyaan atau permintaan anda, dan seperti yang diperlukan untuk mematuhi undang-undang tempatan yang terpakai.

4. ADAKAH MANDARIN ORIENTAL MEMINDAHKAN MAKLUMAT KE LUAR NEGARA?

Kami mungkin memindahkan maklumat anda ke luar negara di mana maklumat tersebut dikumpulkan (termasuk ke negara di mana kami mempunyai hotel di bawah pembinaan atau operasi) untuk pelbagai tujuan, termasuk tujuan memasuki atau memenuhi kontrak dengan anda, menempah bilik, memproses transaksi pembelian atas talian (termasuk pembelian kad-kad hadiah Mandarin Oriental), menjawab kepada atau pun mengambil tindakan terhadap pertanyaan dan permintaan anda, untuk pemprosesan oleh kami atau bagi pihak hotel dan hartanah residensi yang diuruskan kami, untuk meningkatkan pengubahsuaian perkhidmatan yang diberikan kepada anda, untuk mengkomunikasikan berita dan promosi kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan Kumpulan Hotel Mandarin Oriental serta produk dan perkhidmatan lain yang kami fikir mungkin menarik minat anda, dan untuk tujuan statistik dan analisa. Pemindahan begini mungkin adalah ke negara yang mungkin tidak membekalkan tahap perlindungan privasi yang sama seperti yang dibekalkan dalam negara di mana maklumat tersebut mula-mula dikumpulkan, tetap kami akan mengambil langkah munasabah (termasuk memasuki perjanjian pemindahan data berdasarkan fasal-fasal model “European Commission”, di mana diperlukan) untuk memastikan bahawa apabila maklumat anda di dalam kawalan kami, kami akan mengendalikan data anda dengan prosedur keselamatan dan kesulitan yang munasabah untuk memastikan data anda selamat dan sulit.

5. BERAPA SELAMATKAH MAKLUMAT MENGENAI SAYA?

  • Kami bekerja untuk melindungi keselamatan maklumat anda semasa penghantaran dengan menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL), yang menyulitkan maklumat yang anda masukkan dan yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Pensijilan Server Selamat (‘Secure Server Certification
  • Kami hanya mendedahkan empat digit terakhir nombor kad kredit anda apabila mengesahkan tempahan atau pemprosesan transaksi pembelian dalam talian. Sudah tentu, kami menghantar keseluruhan nombor kad kredit kepada syarikat kad kredit yang berkenaan untuk pengesahan.
  • Adalah penting untuk anda melindungi daripada akses yang tidak dibenarkan kepada kata laluan anda dan untuk komputer anda. Pastikan anda mendaftar keluar apabila anda telah selesai menggunakan komputer bersama.

6. APAKAH YANG BOLEH DIBUAT SAYA SEKIRANYA SAYA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU KEBIMBANGAN ATAU HENDAK MENGAKSES DATA PERIBADI SAYA?

Pegawai Data Privasi kami dengan senang hati akan menjawab apa-apa kebimbangan atau pertanyaan yang anda mungkin ada berkaitan dengan penggunaan atau penyimpanan data peribadi anda. Anda mempunyai hak untuk membantah kepada pengumpulan dan/atau meminta akses kepada, pembetulan dan / atau penghapusan data anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Pegawai Data Privasi kami. Pegawai Data Privasi kami boleh dihubungi melalui e-mel di data-protection@mohg.com.

* "Mandarin Oriental", "Kumpulan Hotel Mandarin Oriental", "kami", "kita" dan "diri kita" merujuk kepadaMandarin Oriental Hotel Group Limited dan sekutu-sekutunya yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan operasi hartanah-hartanah kumpulan tersebut di seluruh dunia, termasuk entiti pengurusan tempatan dalam bidang kuasa berikut: di Republik Czech ini adalah Mandarin Oriental Prague S.R.O.; di France ini adalah MOHG Hotel (Paris) SARL; di Germany ini adalah Mandarin Oriental Munich GmbH; di Itali ini adalah Mandarin Oriental Hotel Management (BVI) Limited; di Spain ini adalah Mandarin Oriental Spain SL; di Morocco ini adalah MO Hotel Management SARL; di Switzerland ini adalah Mandarin Oriental (Switzerland) SA; dan di United Kingdom ini adalah Mandarin Oriental Hyde Park Limited. Mandarin Oriental Hotel Group Limited dan entiti pengurusan tempatan berkenaan seperti yang dinyatakan di atas adalah “pengawal data”.

Mandarin Oriental Hotel Group Limited; 7/F, 281 Gloucester Road, Causeway Bay, Hong Kong.


Kemaskini terakhir: 1 Oktober 2015