Dasar Privasi

Notis ini menerangkan dasar privasi am Mandarin Oriental Hotel Group*. Dengan melayari www.mandarinoriental.com, anda menerima amalan yang diterangkan dalam notis ini.
 
1. Apakah maklumat tentang anda yang kami kumpulkan?

Mandarin Oriental mengumpul maklumat anda untuk beroperasi dengan lebih efektif dan memberikan anda pengalaman terbaik dengan perkhidmatan kami. Jenis maklumat tertentu yang dikumpulkan bergantung pada konteks interaksi anda dengan Mandarin Oriental, dan perkhidmatan yang anda gunakan. Berikut ialah contoh maklumat yang boleh dikumpulkan:

 

  • Maklumat hubungan (seperti nama, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, dan nombor telefon);
  • Maklumat pembayaran (termasuk nombor kad pembayaran, alamat pengebilan, dan maklumat akaun bank);
  • Data demografi (seperti umur, jantina, negara, dan bahasa pilihan);
  • Maklumat yang berkaitan dengan tempahan, penginapan, atau lawatan anda ke sesebuah hartanah (termasuk hotel Mandarin Oriental yang pernah diinap, tarikh daftar masuk dan daftar keluar, dan barangan serta perkhidmatan yang dibeli);
  • Maklumat yang diperlukan untuk memenuhi permintaan khas dan/atau penginapan khusus anda;
  • Maklumat ahli program kesetiaan, butiran akaun dalam talian, butiran profil atau kata laluan dan sebarang afiliasi program pengguna penerbangan kerap atau rakan perjalanan;
  • Salinan surat-menyurat anda jika anda menghubungi kami;
  • Kegemaran dan pilihan utama anda;
  • Maklumat yang terkumpul melalui penggunaan sistem televisyen litar tertutup, kunci kad dan sistem keselamatan lain; dan
  • Maklumat yang berkaitan dengan penggunaan dan interaksi anda dengan laman web kami.

 

Kami mengumpul maklumat ini dengan pelbagai cara, termasuk:

 

  • Maklumat Yang Anda Berikan Kepada Kami: Kami menerima dan menyimpan maklumat yang anda muat naik ke laman web kami atau yang diberikan kepada kami dengan cara lain, termasuk, contohnya, apabila anda menginap sebagai tetamu di hotel-hotel yang kami uruskan. Anda boleh tentukan sebanyak mana maklumat untuk dikongsi dengan kami dalam kebanyakan kes, tetapi penglibatan anda dalam aktiviti tertentu akan terhad jika maklumat yang diperlukan tidak dikongsi, seperti maklumat pembayaran yang diperlukan untuk melengkapkan tempahan anda. Jika anda memberi maklumat peribadi yang berkaitan dengan orang lain (cth., jika anda membuat tempahan untuk individu lain), anda menyatakan bahawa anda diberi kuasa oleh orang berkenaan untuk berbuat demikian dan membenarkan kami menggunakan maklumat tersebut mengikut Dasar Privasi ini. Anda juga mewakili bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat.
  • Maklumat Automatik: Apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan laman web kami dan/atau menggunakan mana-mana aplikasi yang boleh tersedia di laman web kami, kami menerima dan menyimpan maklumat yang terhasil oleh aktiviti anda dan maklumat yang dikumpul secara automatik dari pelayar web atau peranti mudah alih anda. Sebagai contoh, seperti kebanyakan laman web, kami memperoleh maklumat tertentu apabila pelayar web anda mengakses laman web kami termasuk alamat IP anda, jenis pelayar, sistem operasi, data rangkaian mudah alih, halaman yang dilayari dan waktu pengaksesan. Maklumat ini membantu kami untuk berkomunikasi dengan pelanggan bagi lebih memahami mereka.
  • Sistem Keselamatan: Apabila anda melawat hartanah di bawah pengurusan kami, maklumat anda boleh dikumpulkan melalui sistem televisyen litar tertutup, kad kunci elektronik dan sistem keselamatan lain hartanah tersebut.
  • Maklumat daripada Sumber Lain: Kami boleh menerima maklumat tentang anda daripada sumber lain, seperti pangkalan data awam, rakan pemasaran bersama, dan pihak ketiga yang lain. Ini boleh termasuk maklumat daripada ejen pelancongan anda, syarikat penerbangan, kad kredit dan rakan kongsi yang lain.
  • Had Umur: Mandarin Oriental tidak dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti dari laman web kami daripada mana-mana individu di bawah umur 18 tahun. Mandarin Oriental boleh mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti daripada individu yang berumur di bawah 18 tahun sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran tetamu, tetapi sentiasa dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga mereka.
 
2. Bagaimanakah maklumat anda digunakan?

Mandarin Oriental mengumpul maklumat anda untuk beroperasi dengan lebih efektif dan memberikan anda pengalaman terbaik dengan perkhidmatan kami. Mandarin Oriental boleh mengumpul, menggunakan, dan mendedahkan maklumat yang dikumpulnya untuk pelbagai sebab, termasuk untuk tujuan berikut:

 

  • Melengkapkan Tempahan dan Pembelian Lain: Kami boleh memproses maklumat yang berkaitan dengan transaksi yang anda lakukan bersama kami dan/atau melalui laman web kami (“data transaksi”). Data transaksi boleh diproses untuk tujuan melengkapkan tempahan bilik anda, membekalkan barangan dan perkhidmatan yang dibeli, menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut pilihan anda, mendapatkan maklum balas anda tentang penginapan anda di hartanah kami, dan untuk menyimpan rekod transaksi dengan baik.
  • Program Keahlian: Untuk mentadbir dan mengendalikan program keahlian sukarela, termasuk program Fans of M.O., program kesetiaan dan program pengguna penerbangan kerap. Data boleh diproses bagi tujuan merekod data penginapan dan data transaksional, mengutip and menebus ganjaran, poin, atau kredit yang berkaitan dengan program-program tersebut.
  • Respons Pertanyaan: Kami boleh memproses maklumat yang terkandung dalam atau berkaitan dengan sebarang komunikasi yang anda hantar kepada kami (“data surat-menyurat”). Data surat-menyurat boleh merangkumi kandungan komunikasi dan metadata yang berkaitan dengan komunikasi. Data surat-menyurat boleh diproses untuk tujuan berkomunikasi dengan anda dan penyimpanan rekod.
  • Tujuan Perniagaan Dalaman: Bagi tujuan perniagaan dalaman kami, seperti analisis data, audit, membangunkan produk baru, mempertingkat laman web, menambah baik perkhidmatan kami, mengenal pasti trend penggunaan dan pola lawatan, menentukan keberkesanan promosi kami, dan memenuhi obligasi kontrak.
  • Pentadbiran dan Komunikasi Lain: Untuk menyampaikan kepada anda maklumat penting mengenai laman web kami, perubahan terma, syarat dan dasar kami, atau maklumat pentadbiran lain (cth., maklumat mengenai tempahan perjalanan anda, seperti pengesahan tempahan).
  • Pemasaran dan Promosi: Untuk menyampaikan berita dan promosi kepada anda berhubung produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Kumpulan Hotel Mandarin Oriental serta produk dan perkhidmatan lain yang boleh menarik minat anda, dan untuk mengendalikan cabutan bertuah, peraduan, atau aktiviti pemasaran atau promosi lain.
  • Keselamatan dan Perlindungan: Untuk memastikan keselamatan dan perlindungan anda serta tetamu lain dan para pekerja, semasa kunjungan anda ke hotel dan kediaman di bawah pengurusan kami.
  • Tanggungjawab Kami Mengikut Undang-undang: Untuk mematuhi kehendak undang-undang dan pengawalaturan atau tuntutan menurut undang-undang terpakai, perintah mahkamah, sepina, atau proses perundangan lain.
  • Kegunaan Tambahan: Kami juga boleh menggunakan data anda dengan cara lain seperti yang diterangkan kepada anda semasa anda memberikan maklumat tersebut kepada kami.

 

Asas undang-undang untuk pemprosesan maklumat peribadi anda terdiri daripada satu atau lebih daripada sebab-sebab berikut: (i) persetujuan anda, dan/atau (ii) menyediakan perkhidmatan yang anda minta, dan/atau (iii)kepentingan sah, dan/atau (iiii) pematuhan undang-undang terpakai, peraturan, perintah mahkamah atau proses undang-undang lain.

 
3. Bagaimanakah dengan kuki?

Kami menggunakan alat jejak seperti kuki pelayar dan suar web untuk mengumpulkan maklumat daripada anda. Kami mengumpul maklumat pengguna dari semasa ke semasa apabila anda melayari laman web ini atau mana-mana aplikasi yang boleh tersedia di laman web kami. Kami boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk mengumpul maklumat peribadi dengan cara sedemikian. Ketahui lebih lanjut tentang alat ini dan bagaimana anda dapat mengawalnya di sini.

 
4. Adakah Mandarin Oriental berkongsi maklumat yang diterima?

Sebagai syarikat pengurusan hotel dan kediaman antarabangsa dan dengan kepelbagaian geografi global perniagaan kami, adalah penting untuk kami berkongsi maklumat merentasi pelbagai bidang kuasa untuk memberikan anda dan untuk mengekalkan perkhidmatan yang terbaik. Maklumat tertentu yang kami kongsi akan bergantung pada konteks interaksi anda dengan Mandarin Oriental, dan perkhidmatan yang anda gunakan. Sehubungan itu, maklumat peribadi anda boleh dikongsi dengan pihak-pihak berikut setakat yang semunasabahnya perlu untuk tujuan-tujuan dan berdasarkan asas undang-undang yang dinyatakan dalam dasar ini:

 

  • mana-mana entiti Mandarin Oriental dan hotel dan kediaman di bawah pengurusan kami;
  • wakil atau penasihat perjalanan yang telah memberikan maklumat peribadi anda kepada kami (sebagai contoh, ejen pelancongan, pembantu peribadi, majikan atau pasangan anda yang memberikan butiran anda kepada kami);
  • pihak ketiga yang bukan sekutu Mandarin Oriental setelah kami mendapat persetujuan anda untuk berbuat demikian;
  • rakan perniagaan kami yang dipercayai untuk memproses data bagi pihak kami, berdasarkan arahan kami dan dengan mematuhi Dasar Privasi kami serta sebarang kaedah kerahsiaan dan keselamatan yang sewajarnya;
  • rakan pemasaran dan pengiklanan kami untuk penyediaan iklan yang lebih relevan di laman web kami serta untuk mendorong anda supaya melayari laman web kami lagi;
  • kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga (seperti Facebook atau Google) untuk menyediakan analisis kepada kami bagi kami menilai dan meningkatkan produk dan perkhidmatan kami dan untuk membantu kami mengenal pasti pengunjung dan pelanggan yang sedia ada dan berpotensi yang serupa dengan pasaran kami.
  • kepada perkhidmatan data pihak ketiga, yang membantu kami membahagikan dan memahami pasaran kami dengan menyediakan maklumat tambahan sehingga kami dapat menghantar komunikasi yang paling relevan dan tersasar.
  • pihak ketiga yang bukan sekutu Mandarin Oriental jika kami percaya dengan niat baik bahawa ia perlu untuk: (1) mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, proses perundangan terpakai atau permintaan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan; (2) menguatkuasakan terma perkhidmatan yang berkenaan, termasuk penyiasatan pelanggaran yang berkemungkinan; (3) mengesan, mencegah, atau sebaliknya menangani isu penipuan, keselamatan atau teknikal; dan (4) melindungi daripada ancaman terhadap hak, harta atau keselamatan Mandarin Oriental, pengguna kami atau orang awam sebagaimana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang; dan
  • mana-mana pihak ketiga setakat yang perlu berkaitan dengan penjualan semua atau sebahagian daripada operasi atau aset perniagaan kami.
 
5. Adakah Mandarin Oriental memindah maklumat ke luar negara?

Sebagai syarikat pengurusan hotel dan kediaman antarabangsa dan dengan kepelbagaian geografi global perniagaan kami, adalah penting untuk kami berkongsi maklumat merentasi pelbagai bidang kuasa untuk memberikan anda dan untuk mengekalkan perkhidmatan yang terbaik. Dengan menggunakan dan/atau membeli barangan dan perkhidmatan kami, kami boleh memindahkan maklumat peribadi anda ke pelbagai bidang kuasa. Sehubungan itu, setakat yang semunasabahnya perlu untuk tujuan dan berdasarkan asas undang-undang, yang dinyatakan dalam dasar ini, kami boleh memindah dan menyimpan maklumat peribadi anda:

 

  • dalam atau ke Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat, tempat letaknya pejabat korporat kami;
  • di negara-negara tempat kami mengurus dan mengendalikan hotel dan kediaman dan/atau mengendalikan pejabat jualan termasuk Chile, China, Republik Czech, Perancis, Jerman, Hong Kong S.A.R., Indonesia, Itali, Jepun, Macau S.A.R., Malaysia, Maghribi, Qatar, Singapura, Sepanyol, St Vincent & The Grenadines, Switzerland, Thailand, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat; dan
  • di negara-negara lain tempat letaknya pembekal perkhidmatan, penasihat dan perunding pihak ketiga kami, yang berubah dari semasa ke semasa.

 

Pindahan tersebut boleh dibuat ke negara yang tidak dapat memberikan perlindungan privasi yang sama seperti yang disediakan oleh negara tempat maklumat itu dikumpulkan tetapi kami akan mengambil langkah yang munasabah (seperti memasuki perjanjian pemindahan data berdasarkan klausa model Suruhanjaya Eropah) untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda akan diuruskan mengikut prosedur keselamatan dan kerahsiaan yang munasabah bagi memastikan maklumat peribadi anda kekal selamat dan sulit, sementara ia berada dalam kawalan kami.

 
6. Selamatkah maklumat anda?

Kami melaksanakan perlindungan pentadbiran, organisasi dan teknikal serta langkah-langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi dalam kawalan kami daripada pengaksesan, pengambilalihan, penzahiran, pemusnahan atau pengubahan yang tidak dibenarkan, kehilangan maklumat yang tidak disengajakan, penyalahgunaan atau kerosakan. Kami sentiasa mengkaji dan memantau perlindungan dan langkah-langkah keselamatan tersebut.

 
7. Berapa lamakah Mandarin Oriental menyimpan maklumat anda?

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan bagi menunaikan atau memenuhi perkara berikut:

 

  • tujuan maklumat peribadi itu diberikan,
  • keperluan perniagaan yang boleh dikenal pasti dan berterusan, termasuk keperluan penyimpanan rekod,
  • keperluan undang-undang atau pengawalseliaan khusus, dan/atau
  • suatu keperluan untuk mengekalkan rekod yang mungkin relevan dalam mana-mana penyiasatan pengawalseliaan yang termaklum atau prosiding undang-undang yang aktif.

 

Sekiranya tidak ada alasan yang mencukupi untuk terus menyimpan maklumat peribadi tersebut, maklumat peribadi sedemikian akan dihapuskan dengan selamat dan terjamin, dilupuskan, tanpa boleh dikenal pasti dan/atau disekat.

 
8. Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan atau ingin mengakses maklumat peribadi anda?

Pegawai Perlindungan Data kami dengan besar hati akan menjawab sebarang kebimbangan atau pertanyaan anda berkaitan dengan penggunaan atau penyimpanan data peribadi anda. Hak utama anda di bawah Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah ialah: (a) hak untuk mengakses; (b) hak untuk membetulkan; (c) hak untuk menghapuskan; (d) hak untuk menyekat pemprosesan; (e) hak untuk membantah pemprosesan; (f) hak untuk mengalih data; (g) hak untuk mengadu kepada pihak berkuasa penyeliaan; dan (h) hak untuk menarik balik persetujuan. Anda boleh menggunakan mana-mana hak ini berhubung dengan data peribadi anda dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami. Pegawai Perlindungan Data kami boleh dihubungi melalui e-mel di dataprivacyofficer@mohg.com atau melalui pos di Tingkat 8, One Island East, Taikoo Place, 18 Westlands Road, Quarry Bay, Hong Kong.

 
9. Bagaimanakah dengan laman web pautan?

Pautan laman web pihak ketiga ke laman web ini tidak bermaksud ia mempunyai apa-apa persekutuan dengan atau mendapat pengendorsan daripada Mandarin Oriental. Mandarin Oriental tidak memikul tanggungjawab atau liabiliti dalam apa jua bentuk untuk aktiviti yang dijalankan atau maklumat yang terkandung dalam laman web pihak ketiga.

 
10. Perubahan dalam dasar privasi ini

Dasar privasi ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Tarikh kuat kuasa dasar privasi semasa ini tertera pada akhir dokumen ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda dianggap telah menerima terma-terma semasa seperti yang tertera dalam dasar privasi ini.

 

* “Mandarin Oriental”, “Kumpulan Hotel Mandarin Oriental”, “kami”, “kita” dan “kami sendiri” merujuk kepada Mandarin Oriental Hotel Group Limited dan ahli gabungannya terlibat secara langsung dalam pengurusan kumpulan dan operasi hartanah di seluruh dunia, termasuk entiti pengurusan tempatan dalam bidang kuasa berikut: di Republik Czech ini ialah Mandarin Oriental Prague S.R.O .; di Perancis ini ialah MOHG Hotel (Paris) SARL; di Negara Jerman ini ialah Mandarin Oriental Munich GmbH; di Itali ini ialah Mandarin Oriental Hotel Management (BVI) Limited, Mandarin Oriental (UK) Limited dan Mandarin Oriental Residences Management (UK) Limited; di Sepanyol ini ialah Mandarin Oriental Spain SL dan Mandarin Oriental Spain Residences SL; di Maghribi ini ialah MOL Pengurusan SAR; di Switzerland ini ialah Mandarin Oriental (Switzerland) SA dan Société pour l’Exploitation de Mandarin Oriental (Genève) SA; dan di United Kingdom ini ialah Mandarin Oriental Hyde Park Limited, Mandarin Oriental (UK) Limited dan Mandarin Oriental Residences Management (UK) Limited. Mandarin Oriental Hotel Group Limited dan entiti pengurusan tempatan berkenaan seperti yang tertera di atas merupakan “pengawal data”. Maklumat hubungan untuk pengawal data adalah: melalui e-mel di: dataprivacyofficer@mohg.com, dan melalui pos di: c/o Mandarin Oriental Hotel Group Limited, Tingkat 8, One Island East, Taikoo Place, 18 Westlands Road, Quarry Bay, Hong Kong.

Tarikh Berkuat kuasa: 20 Ogos 2021